Postingan

Menampilkan postingan dari Maret, 2023

_Nasihat Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka._*

 *_Tertarik dengan petikan nasihat  jumaat hari ini.._* * _1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa._ _2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita._ _3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita._ _4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui._ _5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan._ _6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka aka